Latar Belakang Swami_Vivekananda

Swami Vivekananda merupakan tokoh terulung yangmemperkenalkan falsafah Vedanta (falsafah Hindu yang popular) dan Yoga di dunia Barat. Antara sumbanganutamanya adalah meningkatkan taraf agama Hindu sebagai sebuah agama utama didunia. Beliau berperanan membangkitkan semula agama Hindu di India. Vivekanandajuga menubuhkan Ramakrishna Math dan Ramakrishna Mission. Ucapan beliau diChicago pada tahun 1893 dalam Persidangan Agama-Agama Dunia dianggap sebagai ucapanpengenalan agama Hindu yang paling popular.

Berasal daripada keluarga bangsawan Bengalidi Kolkata (dahulu dikenali sebagai Calcutta) Vivekananda tertarik dengan kehidupan rohani sejak kecil lagi. Beliaumenjadi pengikut Sri Ramakrishna, seorang alim di Dakshineswar, Kolkata. SriRamakrishna mengajar bahawa semua hidupan ialah manifestasi Tuhan. Oleh itu,khidmat kepada manusia ialah sama seperti pemujaan Tuhan. Selepas kematiangurunya, Vivekananda merantau di seluruh benua India dan memahami suka-dukapenduduk negaranya. Ketika itu, India berada di bawah penjajahan Inggeris.Seterusnya, Vivekananda berlayar ke Amerika Syarikat untuk menyertaiPersidangan Agama-Agama Dunia pada tahun 1893. Vivekananda memberikan ratusanceramah umum, perbincangan dan kelas-kelas bagi menyebarkan falsafah Hindu di Amerika Syarikat, England dan Eropah.

Rujukan

WikiPedia: Swami_Vivekananda http://hikayatvivekananda.blogspot.com http://hikayatvivekananda.blogspot.com/ http://leonine-vivekananda.blogspot.com http://vivekanandabio.blogspot.com/2015/04/ucapan-... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.ramakrishnavivekananda.info/vivekananda... http://vivekananda.net/photos/1893-1895TN/pages/ch... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p177285974